Munif Hijjaz Dates: Ajwa | Piarom | Safawi
Kurma merupakan buah yang kaya dengan nutrisi yang baik untuk tubuh badan. Malahan ia mengandungi lebih banyak kalori dan karbohidrat. Selain itu kurma juga mengandungi vitamin, mineral dan serat serta antioksidan yang dapat membantu dari segi kesihatan dalam menghindari diri daripada pelbagai penyakit berbahaya.
Terdapat tiga jenis Munif Hijjaz Dates iaitu Kurma Ajwa, Kurma Piarom dan Kurma Safawi.
Munif Hijjjaz Dates | Kurma Ajwa
Kurma Ajwa di tanam di rantau Madinah Munawwarah di Arab Saudi. Ia adalah kurma hitam yang manis, dengan rasa buah yang segar. Kurma Ajwa mempunyai tekstur yang lembut & bersaiz kecil berbanding jenis kurma yang lain. Kurma Ajwa inilah yang diperkatakan oleh Nabi Muhammad SAW.
Nabi Muhammad SAW telah bersabda,
“Orang yang memakan tujuh biji kurma Ajwa pada waktu pagi akan bebas daripada sihir dan racun pada hari dia memakannya.“
Disebabkan keindahan kisah Kurma Ajwa ini, ianya sentiasa mendapat sambutan yang sangat tinggi walaupun kurma Ajwa ini merupakan jenis kurma yang paling mahal diantara jenis kurma yang lain.
Khasiat Kurma Ajwa:
- Membekalkan antioksidan kepada tubuh badan
- Membantu ibu mengandung memperbanyakkan susu badan
- Membantu ibu mencegah Anemia
- Membantu melancarkan sistem pencernaan
- Membantu menstabilkan tekanan darah
Munif Hijjaz Dates | Kurma Piarom
Kurma Piarom juga dikenali sebagai kurma Mariami, berwarna coklat kehitaman, antara kurma yang digemari di seluruh dunia. Kurma ini terkenal kerana rasanya yang manis, teksturnya yang halus dan lembut.
Khasiat Kurma Piarom:
- Meningkatkan sistem pertahanan badan
- Membantu merawat buah pinggang
- Membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran
- Membantu mencegah kanser
- Membantu mengecutkan rahim bagi wanita lepas bersalin
- Mencerdaskan otak dan mencergaskan tubuh badan.
Munif Hijjaz Dates | Kurma Safawi
Kurma Safawi terdapat di Madinah dan Mekah. Berwarna coklat gelap, dan rasanya yang manis mirip dengan rasa Kurma Ajwa, isi buahnya lembab dan bertekstur lembut. Pohon kurma Safawi lebih produktif berbanding dengan pohon kurma yang lain dan itulah yang membuat kurma Safawi lebih banyak tersedia dan mudah didapati berbanding kurma lain.
Khasiat Kurma Safawi:
- Membekalkan antioksidan kepada tubuh badan
- Membantu ibu mengandung memperbanyakkan susu badan
- Membantu ibu mencegah Anemia
- Membantu melancarkan sistem pencernaan
- Membantu menstabilkan tekanan darah
Kurma Munif Hijjaz menjadi pilihan dan dijual di Astro Go Shop sejak 2021
Testimonial Munif Hijjaz Dates
*Untuk Makluman, kurma Munif Hijjaz sudah ketiadaan stok.
Jualan kurma Munif Hijjaz hanya pada 3 bulan awal sebelum Ramadhan sehinggi akhir bulan Ramadhan. Terima kasih.